Tuesday, January 5, 2016

2015.. a wrap up..

bismillah..

alhamdulillah thumma alhamdulillah... tamat sudah cerita setahun.. 2015 yang dihiasi dengan pelbagai warna..

setahun yang mengajar diri menjadi lebih dewasa.. 
  • pada awal tahun diduga dengan banjir besar (bersambung dari episod hujung tahun 2014)... perasaan bercampur baur bila diri sendiri tengah berhadapan dengan peperiksaan akhir, ditambah lagi dengan terputus hubungan komuikasi dengan mak. ayah di rumah, mak di pusat pemindahan banjir..
  • kemudian terpaksa buat keputusan yang sangat sukar, yang menimbulkan rasa kesal yang berpanjangan..
  • pertengahan tahun dihiasi dengan kegembiraan menerima ahli keluarga baru.. anak sedara ke-2.. alhamdulillah..
  • juga pengalaman bekerja macam pekerja asing.. seawal 8.00 pagi bawak ke 4.00 pagi.. subhanallah..penat sampai berazam xnak dah kerja macam ni.. ditambah dengan rasa berdosa pada Allah..
  • lagi.. berita kakak dapat sambung master di UIAM.. alhamdulillah.. tahniah.. make sure you survive UIA ye.. heh..
  • akhir tahun ditutup dengan short visit ke zoo gambang.. fun and exciting place.. a quality time spent with close friends.. walaupun tengah study week.. dan bakal menghadapi exam yang menentukan dapat grad @ tak..
antara highlight events yang ingin dikenang.. kerana di dalamnya tersimpan cerita yang memberi warna pada hidup.. cerita tentang kasih Tuhan pada hambaNya..

Insya Allah, cuba utk belajar erti pergantungan tertinggi hanya pada Allah, setiap perkara yang terjadi takkan berlaku tanpa izinNya, He knows best.. put your trust in Him..

special thanks to mak, ayah, kak, abg, kak ipaq & ank2 sedara yang shumil, serta close friends & roomates.. thanks for filled up most part of my 2015 puzzles.. saya sangat menghargai kehadiran kalian dlm hidup saya..

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana meminjamkan mereka dalam hidup hambaMu ini..



Monday, January 4, 2016

bukit gambang safari park.. an escape..

bismillah..

menutup tahun 2015 dengan short trip ke safari park (zoo la senang cerita).. pendek x pendek ada la start dr lps zohor bawak ke lepas isyak.. jam dah nak jejak pkl 11 mlm baru sampai bilik.. 


x rancang pun sebenarnya. *random habis*
agak bosan sangat dah tengok nota.. elok je sahabat yang sorang tu tengah cuti, roomates pn free..kira on je la..

ni kali ke-2 datang sini..tapi x puas lagi.. x habis lagi round zoo ni..
terkejut jugak bila tau tiket dah naik harga sampai dekat sekali ganda..
dulu RM 28.00 utk tiket wild savanah + night jungle.. sekarang dh RM 48.00.. *gst kot..*
tapi alhamdulillah dapat kupon buy 1 free 1.. so jimat la banyak.. credit to Jannah & Azah..mucho gracias..

bird aviary: peach-faced love bird
saddle castle: appaloosa horse
jungle walk: malayan porcupine
wild savanah: llama

suka datang tempat2 macam ni.. close to nature.. banyak benda boleh belajar.. selain dari pengetahuan am pasal binatang2 yang ada kat sini..

contohnya masa shows, one of us keep asking.. 
  • macam mana dorang pastikan haiwan yang terlibat dalam show tu do their part well? macam mana kalo tiba2 they didn't follow the storyline?
  • macam mana dorang train burung tu pick the right answer?

mungkin sebab hari-hari dok buat.. they used to it.. atau mungkin jugak ada trick yang trainers apply.. tu my assumptions..

here thing to ponder..
they are animals, with brains but without 'aqal.. but still they could entertain (impress) us.. how?
we, human.. with brain and 'aqal.. shouldn't we do better than them?
in anything we do, make the best of it...yosh!!!


Wednesday, April 22, 2015

throwback #1

Bismillah..

Taman Bandar…apa yang istimewa? Pada dasarnya, ia hanya sebuah tempat rekreasi, sesuai untuk aktiviti keluarga. Ada trek jogging mengelilingi tasik, taman permainan kanak-kanak dan beberapa fasiliti lain.

Namun ini salah satu tempat yang istimewa pada diri sendiri. Padanya terdapat banyak cerita, cerita mengenal kehidupan, cerita membentuk pemikiran.
Pernah suatu ketika, melarikan diri ke sini apabila kepala sudah terlalu serabut. Berjalan perlahan-lahan di trek jogging, dalam keadaan masih berjubah dan beg laptop dibahu.

nampak sangat datang straight dari kelas

Sambil berjalan, mata leka memerhatikan manusia sekeliling. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang datang lengkap satu keluarga, ada yang datang berkumpulan dengan kawan-kawan, dan ada yang datang berseorangan, seperti diri sendiri. Masing-masing dengan aktiviti sendiri, jogging atau  berjalan, atau sekadar berehat  mengambil udara di sekitar tasik..

Cukup satu pusingan, berehat sebentar di tepi tasik. Memerhati lagi..sambil mencari satu kesimpulan...

…perjalanan hidup ni jauh, tidak tahu bila akan tamat (pastinya tamat itu bererti mati), dan destinasinya  syurga insha-Allah…

…perjalanan jauh pastinya sunyi jika berseorangan, menyebabkan terasa amat sulit untuk sampai ke penghujung. Sebaliknya, jika ada teman yang mengiringi perjalanan, tidak terasa penatnya menempuh perjalanan tersebut...

…kadang-kadang apabila sesebuah perjalanan terlalu sukar, kita berhadapan dengan beberapa pilihan…teruskan? Patah balik? Berehat sekejap? Berhenti terus?...

…ada orang mampu berlari laju, sebahagian yang lain boleh  berlari perlahan-lahan, dan yang lainnya hanya mampu sekadar berjalan…
maka buat yang kita mampu…

Cukup dulu sekadar itu, untuk satu petang yang menyerabutkan.
sort of an achievement, ey?


Begitu..antara cerita yang ada padanya..menjadikan ia satu tempat  yang istimewa, dalam mendewasakan seorang manusia..

wallahu'alam..

Tuesday, February 3, 2015

cerita budak math

bismillah..

kelas algebra..
kata dr. sufian, subject ni banyak membaca.. students fail tu biasa..sbbnya malas nk baca..
sblm ni ada student komen kt SFS, subject ni boring..

well, boring x boring.. overall belajar psl definition pastu proving..
definition --> proof
"bawakan bukti dakwaan (kenyataan) anda".. islamic gitu

selepas define beberapa terms..then tiba2 dr. bg 1 soalan..

katalah ada 2 biji epal dan 1 kotak..

pastu kita buat operation darab (x), biasanya kita akan tulis:

2 x 1 = 2
1 x 2 = 2

there are few things that amuse me..

let say..

1 merujuk kpd bil. kotak
2 merujuk kpd bil. epal


bila tukar..

2 biji epal x 1 kotak = 2 biji epal 
1 kotak x 2 biji epal = 2 biji epal 

cuba kalo 2 biji epal dan 0 kotak..
kita akn tulis:

2 x 0 = 0
0 x 2 = 0

but, seriously..??

2 biji epal x 0 kotak = 0 epal??
0 kotak x 2 biji epal = 0 epal ??

mana perginya epal2 tu??? *ini lawak*

---------------------------------------------------------------------------------------

sepatutnya, mungkin kita boleh define mcm ni..

1 = bil. kotak,
2 = bil. epal
2 yg lepas tanda " = " adalah bilangan epal dalam kotak..

bila tukar..

2 biji epal x 1 kotak = 2 biji epal dalam kotak
1 kotak x 2 biji epal = 2 biji epal dalam kotak

atau..

2 biji epal x 0 kotak = 0 epal dalam kotak
0 kotak x 2 biji epal = 0 epal dalam kotak

baru la logik...

by math terms:

a * b = c 
b * a = c

therefore, a * b = b * a = c
(ni yg slalu kita cakap..kau ngn dia sama je..2x5 je)
*****************************************************************************

it's all about definiton..
mcm mana kita define sesuatu perkara..

sama la dgn hidup kita.. 
mcm mana kita define (baca: melihat) sesuatu perkara..

contohnya..

ada sesetengah orang melihat kegagalan sebagai halangan

"..habislah..aku failed subject ni..pointer jatuh..camne nk apply keje best2 kalo result macam ni.."

"..MARA reject permohonan biasiswa aku..xdapatla aku nk sambung master kt UK.."

...etc..etc...


dan sesetengahnya lagi melihat kegagalan sebagai cabaran/peluang..

maka, natijahnya berbeza-beza, bergantung kepada bagaimana kita memandang sesuatu perkara tersebut..

wallahu a'lam..

p/s: cuba bayang camne plk kalau 2 kotak x 1 epal..? *senyum*

Wednesday, October 17, 2012

ANDAIKU PERGI - MIRWANA

bismillah..

tade benda sangat nk post..
share lagu je la
http://www.youtube.com/watch?v=j0mXBM0URk8

Tuesday, April 10, 2012

[MUALLAF VISIT; STOP & REFLECT]

Bismillah..
[n3 kali ni pnjg sket but pliz, feel free to read]

- nk g mana?
- mtg, muallaf visit
- owh..unni jd komiti? bl? ad seat lg x, nk join..
  tp kalo hr sbtu x leh la..ad class ict..
- ok, nti org tny.

***********************************************************

- ok, sbb ramai yg xleh dtg saat2 akhir, ad peserta yg kn jd komiti..
   dd, awk jd komiti u donation, blh ea..? 
   in charge u brg2 donation je, brg da bli, 
   tggal nk asing2 kn & pastikan  esk sume brg ni ckp u setiap group.
- oke.

***********************************************************
- dd, ko gnti aq jd fc dnt esk eh, mdm nk jmpa aq. 
- huh? 
  (sudahhhh..ni yg x nk g ni..haishh)
  aq ad kt tmn pertanian ni, join cmpg sc jap.. 
  try tny athirah blh?
- ko tny la dy, aq tade no dy la
- oraitt

- dik, gnti k.wani jd fc blh? 
- alamak kak, sy da incharge bnyk keja ni, akk la yg jd..

(alamak aih..nk tarik diri blh x..huhu..)
************************************************************
berat nya nk g..(T_T)

eh, macam ku kenal org tu..(da nampak mangsa ku..)

- dik, kak ni akn jd fc dnt u grup kta
- eh, ea ke? sy prepare da smlm sbb akk kta xleh smlm
- xpe, dy incharge u bacaan tahlil je, 
  yg pengisian tu awk jgk yg incharge..haha
- da tuka plan la kak, kta bc ma'thurat je
- oh. lg senang cmtu.

(lepas sudah keberatanku..)
************************************************************
- mak cik, kta bkenalan sket blh?
 (sesi "interview" bermula..like3)
- blh2. mak cik ni nama suhaila susila abdullah, 
  umo makcik da 54thn.
  ank sorg ni je, ckp betol la, knp nk tipu bnda betol, kn? 
  ni bukan ank betol..ank sedare arwah suami, 
  m.cik amek ms dy umo 2 hari. m.cik tade ank sndri.
  mak cik masuk Islam ms umo 18-19thn lg
  (oh, lama da..)
  dl makcik keja pembantu hospital, skang da x keja, 
  pencen umo 50thn

- mcm mana m.cik boleh tertarik dgn Islam ea..?
- m.cik ni dl duduk dkt rumah kebajikan..
  ms kecik2 dl m.cik slalu la g church..
  pastu ad la sorg p.cik tua ni ckp; 
  esk2 ko mati jadik pntg kayu dlm neraka, 
  ko tu da la itam, makin itam plk nti..baekla ko masuk Islam je..,
  lbh krg mcm tu la p.cik tu ckp..tp dy tade la marah2 ke, 
  sindir2 ke..nk takot2kn kt ke..
  dy ckp pn smbil gelak2 je..
  bla da beso sket, umo dlm 18, 19 thn, br m.cik msk Islam

- selama m.cik jd muslim ni, apa cabaran yg paling besar 
   y m.cik hadapi?
- m.cik ni teringin sgt la nk blaja mengaji, 
   m.cik smpai skrg x blh bc lg al-qur'an. 
   m.cik br blh bc ayat kursi dgn 4 ayat surah yaasin..
   itu pun ikut mulut ustzh yg mengaja tu.

- perkim x sediakan class ke m.cik?
- ada, tp dkt masjid negeri nu ha.. 
  dl2 ms chat m.cik pg la jgk dgn bas. 
  skng, lps 3x operate, bdn da x leh t'hentak2 sgt,
  m.cik xleh nk buat bnda renyah2 ni,
  sblm ni m.cik ad jgk pg class mengaji yg dkt ni..
  tp yg pg class tu semua da bc qur'an, 
  kt je yg dok t'gagap2 lg dgn iqra', lm2 m.cik x pg la..
  bkn ap, ustz tu dtg dlm 2 jam je, pelajar ramai..
  kita plk blaja lmbt, ustz ajar sket, pastu..dah
  mmg x salah kan ustz la, kt pn paham.

- kalo yg perkim tu?
- ha, yg perkim tu bagus dah..dia mmg tumpu sorg2
  cumanya, keadaan kt lah yg x mengizinkan.

- bacaan dlm solat mcm mana m.cik?
- alhamdulillah, da boleh la. m.cik blaja sket2 jgk la, ikut mulut
  lama2 kita dapat la kan..cuma doa qunut tu, 
  m.cik br blh bc separuh, separuh lg x igt lg.
  bila tua2 ni kan..kita rs sedih la bila x dapat lg baca qur'an. 
  *sebak*
  tp tu la..m.cik yakin, kalo kita betol2 nk, Allah akan bagi jgk
- Allah nk kita igt kt Dia..
- ms mula2 m.cik operate dl; buang ketumbuhan luar rahim, 
  m.cik baca Bismillah je bnyk2.
  ea lah..kt x pandai nk bc apa2 pn lg.
  2nd tyme; operate buang rahim; pn sama la, 
  masuk dlm dwn bedah dgn bc Bismillah je..
  bila kali ketiga, operate utk usus (hernia); 
  tyme ni m.cik da blh bc ayat kursi, 
  m.cik ulang2 bc sampai x sedar..
  bl da selesai operate tu, m.cik rasa lega sgt... 
  Allah nk tunjuk kan..

- m.cik, ad x apa2 yg m.cik rasa, 
  patutnya org buat mcm ni, mcm ni..
  tp dorg x buat pn mcm tu..?
- umm..tade la..kt x blh la kan..nk org buat itu ini kt kita..
  (hmm..hebat btl m.cik ni..optimis je..)

ada ms lg, we change the plan, + air da ada blk 
(ms smpai air kecik je sbb ad paip pecah)
- 1 grup msk2
- 1 grup ajar ank m.cik blaja math (pmr tahun ni)
- 1 grup ajar m.cik iqra & check bacaan solat

**************************************************************
naseb baek x tarik diri..
smpai kampus, we share our stories together
laen group, laen rumah, laen cerita nya..

Allah nk ajar sesuatu..

lahir2 mmg da muslim, dr kecik ayah mak, cekgu2 da ajar qur'an,
ajar basics Islam

ms kecik2 dl keluarga x kaya mn, kais pg mkn pg jgk,
mak menoreh getah org, ayah toreh getah dlm hutan,
atok nenek kerjakan tanah bendang,
alhamdulillah cukup mkn pakai

ayah mak dok rumah wakaf dlm kwsn pondok,
x terasing dgn dgn ajaran Islam.
w/pun dr sndr dok ngan tok nenek, dorg x abaikn 
pendidikan agama, hantar ngaji qur'an ngn tok ayah (atuk kwn)

family bkn org dr gol alim ulama',
tp m'amalkan Islam seadanya,
ayah mak, atok nenek try provide perisai sebaik mungkin,
u prevent dr t'pengaruh dgn jahiliyyah yg ada di sekeliling.

Allhamdulillah..sgt bnyk yg Allah da bagi..
tapi x pernah nk terfikir pn sebelum ni..
kalo x pergi, mmg x sedar2 lagi..

thanx ayah, mak, atuk, nenek..cekgu2; dr kecik sampai skrg
moga usaha kalian Allah ganjarkan dgn pahala yg berganda-ganda
*************************************************************
Allah nk ajar sesuatu..

da pandai bc qu'ran dr sekolah rendah lg, 
tp smpai skng, nk bc 2 maqra' sehari pn liat

nm je amk class hafazan,
tp nk ikut schedule utk hntar 2 maqra' seminggu pn x lepas2 lg

kuliah agama b'lambak2 kt dlm kampus & kwsn sekitar ni,
tp nk luangkn ms sket pn beralasan lg,
padahal tade la ssh sgt pn..
x kn clash aje dlm sebulan tu..
kalo ea pn clash, tu.. ceramah mp3 UAI b'lambak dlm lappy
nk ngan x nk je

ada masalah sket, sangkut terus,
x reti nk optimis, positive, 
x pandai nk tgk dr dimensi lain

org lain nk bc qu'ran pn merangkak-rangkak,
org lain nk hafaz sepotong ayat qu'ran smpai menitik air mata,
betapa susahnya
org lain nk dgr kuliah agama mcm2 usaha kn buat,

tp saya..?
semua benda tu Allah da bg dgn sng nya..

Alhamdulillah
thanks Ya Allah for gimme diz chance,
i've learnt a lot
***************************************************************

p/s: gaya bahasa dialog diubahsuai dgn konsep tulisan didiey, 
tp itulah gist dy yg didiey dpt.
moga ada manfaat buat kalian; silence readers.

Saturday, March 12, 2011

..:::pinggan:::..

salamu alaik.

diceritakan satu kisah tentang seorang pemuda tinggal di sebuah kampung. pemuda sangat terkenal dengan sifat pemurahnya. penduduk kampung tersebut sangat menyenangi peribadi pemuda ini. 


nak dijadikan cerita, pemuda ini mempunyai koleksi pinggan yang sangat banyak. sesuai untuk digunakan waktu kenduri kendara. pada suatu hari, datang pemuda A berhajat untuk meminjam pinggan-pinggan ini untuk digunakan di dalam majlisnya. dengan rasa berbesar hati, pemuda ini pun meminjamkan pinggan-pinggan miliknya. setelah tamat majlisnya, alhamdulillah, pemuda A mengembalikan pinggan-pinggan tersebut dalam keadaan bersih tanpa sebarang cacat cela sebagaimana keadaan asal pinggan-pinggan tersebut sebelum dipinjamnya. pemuda ini menerima pinggan-pinggannya dengan hati berbunga riang dan diletakkan kembali pinggan-pinggan tersebut di tempatnya

pada waktu lain pula, datang pemuda B berjumpa dengan pemuda ini. pemuda B juga punya tujuan yang sama seperti pemuda A, berhasrat untuk meminjam pinggan-pinggan pemuda ini. sekali lagi, tanpa ada sebarang rasa keberatan, pemuda ini dengan senang hati meminjamkan pinggan-pinggannya. apabila majlisnya berakhir, pemuda B pun menghantar kembali pinggan-pinggan tersebut dalam keadaan kotor tidak berbasuh. pemuda ini tetap menerima pinggan-pinggan ini dengan hati terbuka. pinggan-pinggan ini dibasuh sebersih-bersihnya sehingga hilang segala kotoran yang ada. al maklumlah, pinggan yang telah terlekat sisa-sisa makanan untuk beberapa waktu, pasti sukar untuk dibersihkan dalam masa yang sekejap. setelah dipastikan semuanya telah bersih, tiada lagi kotoran yang tertinggal, barulah dikembalikan pinggan-pinggan tersebut ditempat asalnya.


















setelah berlalu beberapa waktu, datang pula pemuda C bertemu dengan pemuda ini, dengan hajat yang sama dengan pemuda A dan B, iaitu berhasrat ingin meminjam pinggan-pinggan yang dipunyai pemuda ini. sepertimana pemuda A dan B, pemuda C juga tidak disia-siakan hajatnya. pemuda ini tetap berbesar hati meminjamkan pinggan-pinggannya. tidak terlintas untuk punya rasa serik. dengan gembira, pemuda C menggunakan pinggan-pinggan tersebut seenaknya. entah bagaimana, apabila tamat majlisnya, pinggan-pinggan yang dipinjamnya semuanya telah hancur berderai, tiada lagi rupa pinggan. lalu, tanpa rasa segan, pinggan-pinggan yang telah kehilangan rupa ini tetap dipulangkan kepada pemiliknya. pemilik pinggan ini tetap menerima pinggan-pinggannya. namun, apa lagi yang tinggal pada pinggan yang lebih layak dipanggil deraian kaca?bagaimana mungkin serpihan-serpihan kaca ini dapat diletakkan kembali di tempatnya? maka, pilihan apa lagi yang pemuda ini ada selain mencampakkan sahaja serpihan-serpihan kaca ini ke dalam tong sampah? itulah sahaja tempat selayaknya..



**********************************************************************************

begitulah kisahnya diri kita. diri yang kembali pada Allah dalam keadaan suci, bersih, beriman kepada-NYA, insyaAllah pasti syurga menjadi miliknya. diri yang kembali pada DIA dalam keadaan yang kotor, dipalit dengan lumpur dosa dan noda, pasti "dicelup" seketika di dalam neraka. dan jika kembali kepada-NYA dalam keadaan kufur, hilang fitrah asal kejadian, tempat mana lagi yang lebih layak selain kekal di dalam neraka buat selama-lamanya? na'uzubillahi min zaalik.

~ allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala diinik wa'ala taa'atik..~