Bismillah..
Taman Bandar…apa yang istimewa? Pada dasarnya, ia hanya
sebuah tempat rekreasi, sesuai untuk aktiviti keluarga. Ada trek jogging
mengelilingi tasik, taman permainan kanak-kanak dan beberapa fasiliti lain.
Namun ini salah satu tempat yang istimewa pada diri sendiri. Padanya
terdapat banyak cerita, cerita mengenal kehidupan, cerita membentuk pemikiran.
Pernah suatu ketika, melarikan diri ke sini apabila kepala
sudah terlalu serabut. Berjalan perlahan-lahan di trek jogging, dalam keadaan
masih berjubah dan beg laptop dibahu.
Sambil berjalan, mata leka memerhatikan manusia sekeliling. Pelbagai
ragam manusia dapat dilihat. Ada yang datang lengkap satu keluarga, ada yang datang
berkumpulan dengan kawan-kawan, dan ada yang datang berseorangan, seperti diri
sendiri. Masing-masing dengan aktiviti sendiri, jogging atau berjalan, atau sekadar berehat mengambil udara di sekitar tasik..
Cukup satu pusingan, berehat sebentar di tepi tasik. Memerhati
lagi..sambil mencari satu kesimpulan...
…perjalanan hidup ni jauh, tidak tahu
bila akan tamat (pastinya tamat itu bererti mati), dan destinasinya syurga insha-Allah…
…perjalanan jauh pastinya sunyi
jika berseorangan, menyebabkan terasa amat sulit untuk sampai ke penghujung. Sebaliknya,
jika ada teman yang mengiringi perjalanan, tidak terasa penatnya menempuh
perjalanan tersebut...
…kadang-kadang apabila sesebuah
perjalanan terlalu sukar, kita berhadapan dengan beberapa pilihan…teruskan? Patah
balik? Berehat sekejap? Berhenti terus?...
…ada orang mampu berlari laju,
sebahagian yang lain boleh berlari
perlahan-lahan, dan yang lainnya hanya mampu sekadar berjalan…
maka buat yang
kita mampu…
Cukup dulu sekadar itu, untuk satu petang yang
menyerabutkan.
Begitu..antara cerita yang ada padanya..menjadikan ia satu
tempat yang istimewa, dalam mendewasakan
seorang manusia..
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment