Wednesday, April 22, 2015

throwback #1

Bismillah..

Taman Bandar…apa yang istimewa? Pada dasarnya, ia hanya sebuah tempat rekreasi, sesuai untuk aktiviti keluarga. Ada trek jogging mengelilingi tasik, taman permainan kanak-kanak dan beberapa fasiliti lain.

Namun ini salah satu tempat yang istimewa pada diri sendiri. Padanya terdapat banyak cerita, cerita mengenal kehidupan, cerita membentuk pemikiran.
Pernah suatu ketika, melarikan diri ke sini apabila kepala sudah terlalu serabut. Berjalan perlahan-lahan di trek jogging, dalam keadaan masih berjubah dan beg laptop dibahu.

nampak sangat datang straight dari kelas

Sambil berjalan, mata leka memerhatikan manusia sekeliling. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang datang lengkap satu keluarga, ada yang datang berkumpulan dengan kawan-kawan, dan ada yang datang berseorangan, seperti diri sendiri. Masing-masing dengan aktiviti sendiri, jogging atau  berjalan, atau sekadar berehat  mengambil udara di sekitar tasik..

Cukup satu pusingan, berehat sebentar di tepi tasik. Memerhati lagi..sambil mencari satu kesimpulan...

…perjalanan hidup ni jauh, tidak tahu bila akan tamat (pastinya tamat itu bererti mati), dan destinasinya  syurga insha-Allah…

…perjalanan jauh pastinya sunyi jika berseorangan, menyebabkan terasa amat sulit untuk sampai ke penghujung. Sebaliknya, jika ada teman yang mengiringi perjalanan, tidak terasa penatnya menempuh perjalanan tersebut...

…kadang-kadang apabila sesebuah perjalanan terlalu sukar, kita berhadapan dengan beberapa pilihan…teruskan? Patah balik? Berehat sekejap? Berhenti terus?...

…ada orang mampu berlari laju, sebahagian yang lain boleh  berlari perlahan-lahan, dan yang lainnya hanya mampu sekadar berjalan…
maka buat yang kita mampu…

Cukup dulu sekadar itu, untuk satu petang yang menyerabutkan.
sort of an achievement, ey?


Begitu..antara cerita yang ada padanya..menjadikan ia satu tempat  yang istimewa, dalam mendewasakan seorang manusia..

wallahu'alam..