Wednesday, April 22, 2015

throwback #1

Bismillah..

Taman Bandar…apa yang istimewa? Pada dasarnya, ia hanya sebuah tempat rekreasi, sesuai untuk aktiviti keluarga. Ada trek jogging mengelilingi tasik, taman permainan kanak-kanak dan beberapa fasiliti lain.

Namun ini salah satu tempat yang istimewa pada diri sendiri. Padanya terdapat banyak cerita, cerita mengenal kehidupan, cerita membentuk pemikiran.
Pernah suatu ketika, melarikan diri ke sini apabila kepala sudah terlalu serabut. Berjalan perlahan-lahan di trek jogging, dalam keadaan masih berjubah dan beg laptop dibahu.

nampak sangat datang straight dari kelas

Sambil berjalan, mata leka memerhatikan manusia sekeliling. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang datang lengkap satu keluarga, ada yang datang berkumpulan dengan kawan-kawan, dan ada yang datang berseorangan, seperti diri sendiri. Masing-masing dengan aktiviti sendiri, jogging atau  berjalan, atau sekadar berehat  mengambil udara di sekitar tasik..

Cukup satu pusingan, berehat sebentar di tepi tasik. Memerhati lagi..sambil mencari satu kesimpulan...

…perjalanan hidup ni jauh, tidak tahu bila akan tamat (pastinya tamat itu bererti mati), dan destinasinya  syurga insha-Allah…

…perjalanan jauh pastinya sunyi jika berseorangan, menyebabkan terasa amat sulit untuk sampai ke penghujung. Sebaliknya, jika ada teman yang mengiringi perjalanan, tidak terasa penatnya menempuh perjalanan tersebut...

…kadang-kadang apabila sesebuah perjalanan terlalu sukar, kita berhadapan dengan beberapa pilihan…teruskan? Patah balik? Berehat sekejap? Berhenti terus?...

…ada orang mampu berlari laju, sebahagian yang lain boleh  berlari perlahan-lahan, dan yang lainnya hanya mampu sekadar berjalan…
maka buat yang kita mampu…

Cukup dulu sekadar itu, untuk satu petang yang menyerabutkan.
sort of an achievement, ey?


Begitu..antara cerita yang ada padanya..menjadikan ia satu tempat  yang istimewa, dalam mendewasakan seorang manusia..

wallahu'alam..

Tuesday, February 3, 2015

cerita budak math

bismillah..

kelas algebra..
kata dr. sufian, subject ni banyak membaca.. students fail tu biasa..sbbnya malas nk baca..
sblm ni ada student komen kt SFS, subject ni boring..

well, boring x boring.. overall belajar psl definition pastu proving..
definition --> proof
"bawakan bukti dakwaan (kenyataan) anda".. islamic gitu

selepas define beberapa terms..then tiba2 dr. bg 1 soalan..

katalah ada 2 biji epal dan 1 kotak..

pastu kita buat operation darab (x), biasanya kita akan tulis:

2 x 1 = 2
1 x 2 = 2

there are few things that amuse me..

let say..

1 merujuk kpd bil. kotak
2 merujuk kpd bil. epal


bila tukar..

2 biji epal x 1 kotak = 2 biji epal 
1 kotak x 2 biji epal = 2 biji epal 

cuba kalo 2 biji epal dan 0 kotak..
kita akn tulis:

2 x 0 = 0
0 x 2 = 0

but, seriously..??

2 biji epal x 0 kotak = 0 epal??
0 kotak x 2 biji epal = 0 epal ??

mana perginya epal2 tu??? *ini lawak*

---------------------------------------------------------------------------------------

sepatutnya, mungkin kita boleh define mcm ni..

1 = bil. kotak,
2 = bil. epal
2 yg lepas tanda " = " adalah bilangan epal dalam kotak..

bila tukar..

2 biji epal x 1 kotak = 2 biji epal dalam kotak
1 kotak x 2 biji epal = 2 biji epal dalam kotak

atau..

2 biji epal x 0 kotak = 0 epal dalam kotak
0 kotak x 2 biji epal = 0 epal dalam kotak

baru la logik...

by math terms:

a * b = c 
b * a = c

therefore, a * b = b * a = c
(ni yg slalu kita cakap..kau ngn dia sama je..2x5 je)
*****************************************************************************

it's all about definiton..
mcm mana kita define sesuatu perkara..

sama la dgn hidup kita.. 
mcm mana kita define (baca: melihat) sesuatu perkara..

contohnya..

ada sesetengah orang melihat kegagalan sebagai halangan

"..habislah..aku failed subject ni..pointer jatuh..camne nk apply keje best2 kalo result macam ni.."

"..MARA reject permohonan biasiswa aku..xdapatla aku nk sambung master kt UK.."

...etc..etc...


dan sesetengahnya lagi melihat kegagalan sebagai cabaran/peluang..

maka, natijahnya berbeza-beza, bergantung kepada bagaimana kita memandang sesuatu perkara tersebut..

wallahu a'lam..

p/s: cuba bayang camne plk kalau 2 kotak x 1 epal..? *senyum*