salam...
1. Jika anda makan sate, jangan pula lupa makan timun. Sebabnya memakan sate bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen. Apa kejadahnya karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Bagi penggemar makanan bah kut teh (babi). Ramai orang Cina suka makan yang makanan ini. Lihatlah sebelum terlambat, cuba tuangkan minuman berkarbonat ke atas kepingan daging babi itu dan tunggu sebentar. Anda boleh saksikan ulat bedenyut-denyut keluar dari daging tersebut. Fakta diperolehi dari Health Corporation of Singapore.
4. Barah akibat penggunaan bahan dalam syampu. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat jika syampu anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLS). Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Syampu yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Syampu Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya syampu yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak." Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan segera (tak kiralah mi, kuetiau dsb.), pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mi segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, “Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mi segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.” Telah dinyatakan terdahulu oleh seorang aktor dari SBC (sekarang dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mi segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mi segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah pramugara SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mi segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mi segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makanan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, ‘licence to kill.’
6. Bawang goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goring dan melihat terdapat banyak penyedut minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah penyedut minuman yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang mana apabila penyedut minuman tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
No comments:
Post a Comment