Saturday, February 19, 2011

.. nota hati buat diri _ _ yg sering terlena..

assalamualaikum wbt..

bismillah.. da lama x post pape kat blog ni.. tiba2 terasa kekok utk menulis..
x tahu macam mana nk mula..

*******************************************************

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah, tuhan sekelian alam..

"awak sayang Allah..sayang Rasulullah?"

"sudah tentu.."
"kata Rasulullah; tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku
lebih dicintainya melebihi cintanya pada dirinya.."

benarkah??

..jika benar begitu, mengapa sgt sukar utk melaksanakan tuntutan-Nya?..berbagai alasan diberikan semata-mata utk menolak tuntutan-Nya..aku tidak layak,aku tak punya ilmu yg hebat, aku x punya kekuatan, aku tak punya itu, aku tak punya ini..

..jika begitu, mengapa selalu mengeluh dengan taqdir-Nya andai taqdir itu tidak seiring dgn tadbir sendiri? bukankah begitu cara Dia mendidik?

mengapa sering hati merintih saat dijengah dugaan yg menguji kesabaran..bukankah begitu cara Dia menunjukkan cinta-Nya pada hamba-Nya.. 

..jika begitu, mengapa bila ditanya tahukah sirah Rasulullah..tersenyap seketika..terkial-kial memberi jawapan..

..mata boleh teresak-esak menangis saat menghayati sebuah novel, filem dan sebagainya..yg sudah terang dan pasti hanyalah sebuah khayalan, sebuah rekaan..ciptaan imaginasi manusia semata..

..pernahkah menangisi kesusahan seorang Nabi menyampaikan risalahnya..semata-mata demi memastikan umatnya dapat merasai nikmatnya Islam, manisnya Iman..pernahkah mata menangis saat membaca sirah Baginda yg dihina, dicerca, diperlakukan seenaknya sewaktu menyampaikan dakwaknya, saat membaca sirah baginda yg hampir melayang nyawanya ketika dirinya dikepung dan diserang kaum musyrikin dalam perang Uhud?
pernahkah???

..sekadar bermegah dengan kisah2 dan tauladan yg sudah terakam dalam minda..tapi tidak hadam dalam jiwa, tidak mekar dalam tingkah laku..malu..??..pasti..


"awak sayangkan mak ayah awak..?"

"mestilah..tanpa mereka saya tak jadi sahabat awak hari ni.."

benarkah??

andai benar begitu, mengapa saat mereka meminta dipinjamkan sedikit kudrat untuk membantu, pasti muka yg sudah hilang manisnya yg dahulu dihulurkan..

..mengapa lebih rela membunuh waktu dengan merewang bersama rakan2 daripada meluangkan masa mendengar celoteh2 mereka..

..mengapa menghulurkan muka yg tiada perisa saat kemahuan dan keinginan ditolak mereka..rela menganggap dikongkong dan dihalang daripada merasakan dibantu dan dibimbing..mengapa membiarkan diri terpengaruh dengan bujukan teman2 dari terpasak dengan didikan mereka..

..mengapa dibiarkan mereka mengisi umur tua mereka sunyi sendirian..? tidak sudi menemani hari2 tua mereka..tidak sudi melayan permintaan mereka..tidak spt mereka yg tak pernah jemu melayan permintaan diri..andai anak2 yg umur setahun jagung sudi dilayan kerenahnya, mengapa ibu ayah yg sudah menghadap usia senja tidak sudi diajak menjadi teman bicara..? 
masih lagi mengaku sayangkan mereka..? 
..malu..?..sudah punya jawapan yg bisa mencarikkan relung hati..sakit..

"awak..boleh tanya..awak sayang saya tak..?"


"erm..saya sayangkan awak..ikhlas, kerana Allah pastinya.."
"muslim dan muslim kan bersaudara.."

benarkah??

andai benar begitu, mengapa diharapkan balasan darinya..memberi bukan beerti akan menerima, mengharapkan balasan..bukankah begitu prinsipnya ikhlas semata kerana-Nya..salahkah..?

..andai bersahabat itu ikhlas kerana-Nya, mengapa sanggup bersengketa saat cemburu melanda..cemburu tandanya sayang..tapi sayang pada siapa..sayang diakah atau sayang diri sendiri..andai benar sayang padanya, mengapa dibiarkan dia dalam dunia maksiatnya..? ukhuwwah fillah ilal jannah katanya..benarkah, atau sekadar punya agenda utk kepentingan sendiri shj..? 

..bukankah seorang sahabat sepatutnya menjadi cermin pada sahabatnya..andai benar sayang padanya, mengapa begitu kedekut utk menitipkan doa khas buatnya..mengapa biarkan dia terkapai-kapai sendirian saat dia memerlukan sokongan dan bantuan..hati sudah punya jawapan..


"kenapa awak solat..puasa..dan buat ibadah2 lain2..?

"mestilah kerana Allah..solat kan tiang agama.."
"..barangsiapa yg mendirikan solat beerti dia telah menegakkan agmanya,
dan barangsiapa meninggalkan solat beerti dia telah meruntuhkan agamanya.. "


benarkah??

..jika benar begitu, mengapa sgt berat utk melaksanakan solat, yg 5 waktu pastinya..yg sunat apatah lagi..setiap kali di seru utk melaksanakan solat pasti banyak ketikanya di lengah2kan..pasti banyak alasan diberikan..jika ditanya berapa kali sehari didirikan solat sunat..buntu memberi jawapan yg pasti memerangkap diri sendiri..
malu..?..sangat..

sekadar bermain dengan kata2..berbangga dengan hujah2 dan dalil2 yg mampu di keluarkan..tapi pelaksanaannya?..diri sendiri sudah punya jawapan..


"kenapa awk belajar..?"

"kerana Allah, pastinya..belajar kan satu bentuk ibadah juga.."

benarkah??

..jika benar begitu, mengapa gila mengejar natijahnya..? mengapa punya agenda utk kepentingan sendiri saat memilih keputusan..mengapa saiz dunia yg menjadi ukuran utama..? bukankah Dia sebab utama belajar..

..mengapa berhati walang ketika Dia menduga seketika..saat Dia masih menunda kemenangan..bukankah belajar kerana-Nya..mengapa tidak minta kepada-Nya..??mengapa saat akan menghadapi peperiksaan, quiz dan yg seangkatan dengannya..terlalu ghairah bergantung harap pada nota buatan sendiri, diabaikan Dia.. sedangkan pada awalnya dikatakan belajar kerana-Nya..


*************************************************************
..kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan..


"awak..tolonglah..saya sangat perlukan bantuan awak..takde orang lain lagi dah yang boleh tolong saya.hanya awak sorang yang boleh tolong saya."

"prof, tolonglah saya..kalau prof tak tambah markah saya, nanti saya grad dengan pointer yg rendah.. macam mana sy nk mohon kerja..tologlah prof, masa depan saya bergantung pada prof.."

"doc, tolong selamatkan anak sy, tu lah nak saya satu2ny, saya sanggup byr berapa je kos rawatan dy..tolonglah doc.."

astaghfirullahal adzim..saban hari kata2 itu yg dilafazkan, sekurang-kurangnya 17x/hari, kepada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami mohon pertolongan..tapi hakikatnya..

..saban waktu menjadi hamba duit, hamba assignment, hamba quiz, hamba peperiksaan..terlupa terus pada Dia.

..saat memasuki fatrah peperiksaan, rutin harian bertukar ganti, dari menjadi perayu cinta-Nya bertukar menjadi pencinta sejati buku, library, laptop dan sebagainya..

..saat dijenguk duka, terus air mata menjadi teman setia..
saat dijanjikan kemewahan dunia, terus mata kelam, berbintang2 dgn khayalan dunia..

..sekadar bermain dengan kata2..bibir bisa menuturkan begitu dan begini.. tapi bagaimana dengan perlakuannya..? mampu berbangga dengan semuanya dilakukan seiring spt yg diucapkan..atau tebal muka dek kerana apa yg diucap sekadar angin lalu..

******************************************************


wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...


~moga bermanfaat buat tatapan diri dan pembaca~

No comments:

Post a Comment