Wednesday, December 1, 2010

penangan makhluq halus..

assalamualaikum..

tertarik dengan satu ayat dalam surah al-baqarah..

"sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja,(seperti) nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu (kerana perbuatan itu ada hikmahnya). iaitu kalau orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka. dan kalau orang kafir pula maka mereka akan berkata: "apa maksud Allah membuat perbandingan dengan ini? (jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya. dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang yang fasik.."

[terjemahan surah al-baqarah ayat 26]



kecil2 si nyamuk aedes..
sekali terkena denggi..
insyaAllah maut menanti..





***************************************************************************

sebuah kisah di zaman anbiya' dahulu..
pernah dengar cerita tentang raja namrud ngan nabi Ibrahim?

Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.

"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.

Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.

Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.

Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.
 ******************************************************************************
 kisah zaman sekarang..


virus: makhluq Allah yg sgt halus..
x dapat dilihat oleh pandangan mata kasar..
mampu menghuru-harakan hidup manusia seluruhny..






********************************************************************************

sesuatu yg kecil..
memberi impak y sangat besar..

macam wat dosa..

xtvt harian..
mengutuk, mengata n mengumpat orang..

xtvt berkala..
mencuri (amek hak org tanpa izin), menipu..dsb

xtvt jarang2..
rasuah..riba..

xtvt2 yg kalo x dcuci ngan taubat..
mungkin nampak mcm kecik..
tapi azab y menanti..
lebih hebat dari penangan segala jenis makhluq halus y digeruni dulu, kini n....

~ pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nyawa belum berada d halqum ~

p/s: kalo salah tolong betolkan..

No comments:

Post a Comment