Sunday, February 21, 2010

mu'min berjaya

salam..

(peringatan untuk diri..)

bismillah..

sungguh beruntung orang2 yang beriman.

(yaitu)orang yang khusyu' dalam solatnya..

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg khusyu' dalam solatny
premis 2: kalo hilang barang, cari tyme solat. mesti jumpa..kot..
conclusion: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..

dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg menjauhkan diri dari perkara2 yg sia2
premis 2: ada masa free tidoq, layan muvi, baca manga, ngumpat..etc..
conclusion: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..

dan orang yang menunaikan zakat

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg menunaikan zakat
premis 2: hartaku hartaku jua..
conclusion: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..

dan orang yang memelihara kemaluannya

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg menjaga kehormatanny
premis 2: alaa..couple bukan wat pe pun.. pegang2 tangan je pun.. tahu batas lg..
conclusion: blom memenuhi ciri nu'min yg berjaya..

kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhny mereka tidak tercela.
tetapi barang siapa mencari di sebalik itu(zina, dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.


dan (sungguh beruntung)orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg menjaga amanah dan janjiny
premis 2: lewat gi meeting 15 mnt je..metg je pun.. laenla kalo date..
conclusion: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..

serta orang yang memelihara solatnya

premis 1: mu'min yang berjaya adalah orang yg menjaga solatny
premis 2: panjg lg waktu tu..lg 10 mnt nk abes waktu, solat la..nk layan muvi best ni
conclusion: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..

mereka itulah orang yang mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. mereka kekal di dalamnya.


premis 1: mu'min yang berjaya akan mewarisi syurga firdaus dan kekal di dalamny.
premis 2: blom memenuhi ciri mu'min yg berjaya..
conclusion: ?????

[23:1-11]

pada hari qiyamat didatang seorang lelaki dan dilemparkan ke dalam neraka kemudian ususnya terburai. kemudian dia mengitari usus itu bagai keldai mengitari batu penggilingan. lalu penduduk neraka mengelilinginya seraya berkata:
"hai fulan, mengapa engkau jadi begitu? bukankah dulu engkau suka menyuruh manusia mengerjakan kebaikan dan melarang manusia mengerjakan kejahatan?"
si fulan itu menjawab:
"benar. dulu aku suka menyuruh manusia berbuat ma'ruf tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya aku menyuruh manusia meninggalkan perbuatan jahat, tapi aku sendiri mengerjakannya".

[HR: MUSLIM]

Wednesday, February 17, 2010

nilai tudung wanita

salam..


(pesanan buat diri..n pembaca..)

sedikit diskusi mengenai pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


sumber: darul nu'man

Monday, February 15, 2010

[aku insan lemah..]

salam..

"setiap kata2 yang diucapkan pasti akan diuji"

teringat masa dekat2 cuti midsem hari 2 pernah lontarkan pertanyaan pada adik2.
lebih kurang camni bunyi dia:

"apa tindakan adik2 jika adik2 dapat tahu diz coming holiday, sahabat adik2 yang paling rapat n paling adik2 sayang akan keluar ke PD dengan couple dye?
pilihan yang adik ad:
-tegur : putus sahabat
-x tegur : boleh kawan cam byase.. "

bile baca (soh dorang tulis jawapan dalam paper)jawapan dari adik2,
alhamdulillah.. sume cam paham.
tahu mana yang nak diutamakan..

habis cerita kat situ..
dan sekarang tengah menghadapi keadaan yang lebih kurang sama dengan persoalan
yang dilontarkan pada adik2. cuma situasiny lebih "baik" sket.

bila menghadapi situasi sebenar camni..
baru sedar sangat susah untuk mengotakan apa yang di katakan..


nak tegur x ni?..takut. xde kekuatan..
habis 2? x nak tegur?.. lagila takut..
kang x sempat btau da putus nyawa..baru tau..
apa nak jawab kat Allah sok?..
kang dye datang tuntut sok..,
nape x tegur.. nape x btau..
huuu..

"qum ya fulan.. fa azzin annahu..
la yadkhul jannah illa mu'min..
innAllaha yuayyiduddiini..
biraajulin faajir..biraajulin fajir.."


ya Allah.. lemahny diriku..

kata2 ku retorik semata-mata???

Wednesday, December 9, 2009

tak tahu nak tulis apa?

salam..
da lama dd_asrar tak 'jengah' blog ni..
orang laen punye apatah lagi..
xd mase? x jugak kot.
mungkin lebih kepada malas + tak tahu nak tulis ap.
tetiba kekeringan idea..

alhamdulillah..
hari ni tergerak nak kongsi sumtin wat peringatan diri sendiri n
insan2 yang sudi menjengah blog ni.
nak 'cerita' pasal perang uhud..
spt yg kita mmg da sedia maklum..
(bagi yg penah amek tahu pasal cite2 camni la)
dalam perang ni, tentera Islam y berjumlah lebih kurang 700 orang menentang
tentera Quraisy kalo xclap dalam 3000 orang
pada awalnya da hampir berjaya mengucar-kacirkan susunan tentera Quraisy.
tapi dek kerana pasukan pemanah y berada di atas bukit uhud y mana
tempat paling strategik, x mendengar arahan Nabi Muhammad SAW untuk
terus berada di posisi tersebut walau apa pun yang terjadi, tentera Islam mengalami kekalahan teruk.
kenapa mereka x endahkan arahan Nabi? sebab da nampak harta tinggalan tentera Quraisy y banyak kat bawah bukit tu.
so, consequencenya
ramai para sahabat yang syahid time ni kerana nak melindungi Rasulullah SAW.
dan Rasulullah sendiri mengalami kecederaan teruk.
sehinggakan tersebar berita bahawa Rasulullah telah wafat.
tyme ni jugak sayyidina Hamzah di bunuh oleh wahsyi. mayatny dirobek oleh
hindun lalu jantungny digigit-gigit.
betapa pedihny saat tu bagi tentera Islam manakala tentera Quraisy pulang dengan hati berbunga ceria kerana berjaya membalas dendam atas kekalahan meraka masa perang badar.
wallahua'lam

antara ibrah/pengajaran y dd_asrar dapat dari peristiwa ni

hakikatny manusia memang mudah gelap mata bila diuji dengan harta, pangkat dan segala macam keindahan dunia.
sanggup abaikan amanah y da diberikan.
hari ni pun kita boleh tengok benda2 ni. even kt Mesia sendiri pun.
kalo x, xkan juru audit boley btau y RM 28 bilion lesap camtu je.
RM 28 bilion sheikh, bukan sket tu. bukan korup ke tu?
lu pk la sendiri..

Saturday, September 5, 2009

tarian poco - poco

salam..
dalam banyak2 isu yang berlaku dalam mas alebih dua bulan ni, isu tarian poco2 yang paling baru untuk dd_asrar..
baru sedar step tarian poco2 membentuk lambang salib!! dan tarian tu sendiriberasal drpd upacara ritual kristian philipine.. tu pun twin yang btau..huhu..
sama2lah kita beristighfar dan berbanyaklah bertaubat pada-Nya..
astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim..
wallahua'lam

setelah lama menghilang

salam..
da dekat dua bulan lebih x update blog ni.. macam2 isu ada..

Thursday, June 25, 2009

bila da rasa bosan..

salam..

urghhh.. tiba2 terasa malas nak menaip..nak rehat kejap.... n3 terakhir sebel0m berehat..meh layan tag..

1. Besides your lips , where is the favorite spot to get kissed?
no answer.......

2. How did you feel when you woke up this morning?
urrghh..xsukany nak gi claz..(sbb claz fim.. the only 1 sister dlm group tu..lg sorang ari semalam x dtg)

3. Who was the last person / people you took a photo with?
ntah.. lupa la..

4. Would you consider yourself spoiled?
x..kot..

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
tada..

7. Do you want someone to be dead?
yes..musuh2 islam..

8. What does your last text message say ?
mksdny?..(anta kat mas..rumet yg slalu kna buli..)

9. What are you thinking right now ?
how to answer this question

10. Do you want someone to be with you right now ?
nak3..

11. What was the time you went to bed last night ?
ntah..

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
bukan sy yg bli..(abg kasi..)

13. Is someone on your mind right now ?
yes..

14. Who was the last person who text you ?
my rumet..masitah syg..

TEN Lucky Person to do this quiz.
tada yg lucky..(utk jawab soalan2 ni la..) dan ini bermakna sy la yg lucky..x yah jawab soalan2 yg selebihny.. yahoo..

p/s:sorry ea kak min.. lambat sket..