Saturday, November 6, 2010

"If Tomorrow Never Comes"..[editted]

assalamualaikum..

"..setiap yg hidup pasti merasai mati.."

..dedikasi buat semua yg mengenali didiey@didiey kenal..[sahaja]
sila baca..walaupun kedengaran agak poyo n
*munge-munge* sket..(n_n)v

p/s: kalo rase nk muntah@yg sewaktu denganya,
sila sediakan baldi..besen pn boleh..

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark

And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart


If tomorrow never comes
Will she they know how much I loved her them
Did I try in every way to show her them every day
That she's my only one  they're my priorities
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her them in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them her
Now I live with the regret
That my true feelings for them her never were revealed
(..al-fatihah..Allahumma ighfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha..)
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel


If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes


So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

song by Ronan Keating

****************************************************
terima kasih utk setiap saat yg menghiburkan dan menenangkan
terima kasih utk setiap saat yg menyedarkan
terima kasih utk setiap saat yg diluangkan
terima kasih utk kasih sayang yg dicurahkan
terima kasih utk setiap perhatian yg diberikan
terima kasih utk segala-galanya..

maaf atas segala kata2 yg menyakitkan
maaf atas segala perbuatan yg tidak menyenangkan
maaf atas segala tanggugjawab yg diaabaikan
maaf atas segala janji yg tidak ditunaikan
maaf atas segala kekurangan
maafkan atas segala-galanya..

juga mohon dihalalkan segala-galany..

Allahumakhtim lana bi husnul khatimah, wa la takhtim 'alaina bi suul khatimah

~ mohon d0any ea..(n_n)v..~

Thursday, November 4, 2010

aku, lim dan islam

assalamualaikum..

entry kali ni sekadar copy n paste dari email..
layan..
sesuai utk semua yg bergelar muslim..
x terhad kpd bdk2 cts atau medic shj..(n_n)v

aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah .
selepas SPM aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja
terlalu banyak yang dikongsi bersama. setiap kali hariraya menjelang,
Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol
arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti
harijadi dan juga Tahun Baru Cina. aku takut dengan anjing
peliharaan keluarga Lim. dengan Lim juga aku belajar matematik
manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',
semuanya kami kongsi bersama-sama. apa yang ingin kunyatakan ialah,
warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi
penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah
berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. I
tu yang kuketahui dari kakaknya. hubungan ku dengan Lim
terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.
untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

suatu pagi.. aku bertembung dengan kakak Lim di pasar,
kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair..
dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now
Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..
Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah
dari Allah S.W.T. memang aku tak sabar untuk berjumpa
dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu
aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya.
ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya.
ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah,
air mukanya amat redup dan tenang.
aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami
menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat
peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. tetapi aku bukan menangis
kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu
dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah
lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

memanglah..kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

sorry Lim. aku tak faham..diseksa? what do you mean?

cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. aku ingat lagi, rumah kau tu,
is my second house. tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan
pada aku tentang Islam? mengapa aku kena pergi ke
US baru aku dapat belajar tentang Islam? mengapa bukan
di Malaysia, negara Islam ni? dan mengapa aku
di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. dan Lim terus berkata-kata.

kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma
nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik
kau ni diseksa didalam api neraka. kau tahu, kalaulah
aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati..
aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni
sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada
aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah
denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi,
nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk
keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana
ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama,
sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad,
tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..
sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat,
kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau
fikir kau sudah bersyukur pada Allah. dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam
itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.
kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul,
kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan
oleh Lim adalah benar!
dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. aku hanya sibuk
untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan,
Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan
serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu
pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya.
mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen)
tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam
yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

"man qaala lailaha illallah, fahua ad-dai'e.."

Tuesday, November 2, 2010

dua kata yang berbeza

assalamualaikum..

A A H M R

drpd 5 abjad kt atas ni, blh wat macam2 word..
antaranya

MARAH

RAMAH

terhasil dr abjad2 yg sama..
menjadi dua kata yang berbeza dan contradict..

marah..
satu keadaan yang mana kebiasaanny emosi x stabil,
jiwa kacau, hati berbara..
waktu paling masyuk setan nk wat keje..
tyme2 cam ni, kalo ad yang berani nk "tambah minyak",
kalo naseb x baek..percuma je kene lempang..
(orang berjiwa tenang berkecuali..*peace..*)




Rasulullah dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah bersabda:

“Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”


ramah..
keadaan bila kita gembira..hati senang, jiwa tenang..
nak layan orang pun rasa best je..
satu sifat yg sepatutny WAJIB ad pd budak2 medic..(n_n)v
baru la cepat sihat pesakit2 korang nti..
(budak2 cts xpe, sbb deal ngn no. je..*wink wink*)
satu persepsi yg x berapa nk betol

kalo marah..apa patut buat?
yang selalu didiey dengar..

#1. ubah posisi@kedudukan..
cthny: kalo tgh berdiri, kt duduk

#2. kalo yg 2 x jalan..
gi amek wudhu'..
alang2 da amek wudhu', apela salahny kalo solat je terus..
insyaAllah.. kurang la marah tu..

jwpn laen yg didiey dpt drpd uncle google:
#1. palingkan muka arah laen..
#2. tidur..(n_n)v
#3. baca ta'awwuz (a'uzubillahi minassyaithanirrajim)
#4. tarik nafas dalam2
#5. berzikir
#6. letakkan diri dalam keadaan org tersebut
n a lot more..

teringat sorg kawan didiey ms kt maktab dlu..
kalo dy marah, dy akan wat sesuatu yg bermanfaat u kegunaan dy..
sorg lg..hanya blh hasilkn kartun terbaek kalu tgh marah/tertekan..
comey je..

kisah seorang sahabat Rasulullah SAW..(kalo xclap)
bila dy marah, maka bertambah ramahla dy..subhanallah
(maaf, x ingt sgt flow cite dy, xleh nk tulis..)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.

(Hadis riwayat Ibn Majah)

dalam hadith laen..

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


kan bagus jadi upin ipin ni..
xd nk marah2..
ketawa je memanjang..









x pun cam pambob n patrick..
x pyh nk serabut2..





p/s: marah yg didiey maksudkn di sini adalah marah yg x bertempat


jom belajar bersabar..
mission: jiwa yg tenang (not yet achieve)


~ m0ga marah yg di zahirkan kerana Allah semata ~