Friday, October 29, 2010

a summary..

assalamualaikum..

alhamdulillah, menghadapi hari2 akhir sem 1 tahun 1..
fatrah xm..

UNGS :- 31 oct 2010
ANALYTIC GEOMETRY :- 1 nov 2010
CALCULUS :- 7 nov 2010
MGT :- 9 nov 2010
NO. THEORY :- 10 n0v 2010
COMP. IN SC. :- 11 nov 2010

summary for 3subjects:

mgt
managers usually categorize every probs dat they have into 2:
-stuctured prob
-unstructured prob
1st type, can be solve by using daily approaches
2nd type, need to undergo some decision-making process..

sumtyme i love be a "fish" during the claz
(n_n)

no. theory
- jgn terima bulat2 je ap yg org kt..kene ad proof
common words that we have in our NT textbook are
definition, corollary, theorem, proof, lemma n example..

- decrypt these words using SECRET key
WRBCS LAZGJ MGKMF V
(nk tahu jawapan tanya budak cts..)

kos 1110
from this subject
budak2 cts blaja bio matters..(n_n)v
(not bio matters sgt pn.. sort of software for bio n chem..)

n..pengakhiran (ea ke..?) kisah birokrasi..
kene blaja u suka n terima seadany walaupun da xtahu cane..

~mohon doa dr semua u xm yg bakal menjelang~

Friday, October 22, 2010

::..terbang bersama FIREFLY..::

assalamualaikum..

kelip-kelip ku sangka api,
kalau api mana puntungnya,
hilang ghaib kusangka mati,
kalau mati mana kuburnya?..
[kat pulau bahagia..(n_n)v]


ni kapal terbang bernama firefly












ni kelip-kelip@kunang2
a.k.a firefly..(n_n)v






entry kali sekadar nak berkongsi tentang kelip2..

kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya.
warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis.
sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku
di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.

best part..
cahaya yang dihasilkan oleh makhluq halus (baca kecik) ni kurang berkesan
pada negatif filem byase..
so, hanya boleh guna mata sendiri u gambar yang lawa..
tengok lama2..pastu simpan dalam brain memory..

betapa susahnya nk tahan mata nak mencari
seekor makhluq halus ni kalo dy x keluarkan cahaya..
boleh jadi x sedar pun dy ad kt tepi kita..
kalo malang sket, da terpijak pun orang x perasan..

bagaimana pula dengan hati kita kalau x di sinari cahaya iman?
x pun kadang2 menyala, kadang2 malap, n kadang2 berkelip-kelip
(cam lampu pendaflour yg da xleh pakai tu..)

mungkin akan menghadapi nasib lebih kurang sama dengan
kunang-kunang..
terbang tanpa cahaya..
tersasar arah tujuan..

taknak tersasar arah tujuan..
terbanglah bersama fireflies yang bercahaya..

..::redha Allah jua yang dicari::..

Wednesday, October 20, 2010

mari berpantun..

assalamualaikum..

pantun kita hari ni..
(ni budak cts punya pantun..kalo xpuas hati, buat sendiri)

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
kalo da masuk zon tertekan,
malasnya nk bukak buku..

kalau tuan pergi ke pekan,
belikan saya syampoo pegaga..hpa punya brand,
kalau ada masa sila la layan,
kalau xde masa jangan la layan..

budak medic blaja anatomy,
budak cts blaja analytic geometry,
budak kecik blaja makan mee,
budak besar blaja bercintan cintun mee maggi..

dalam hati ada chenta,
dalam chenta ada..?

tanam pinang rapat-rapat,
supaya puyuh x dapat lari,
hari ni berchenta..bukan maen dok dekat-dekat,
esok da habis manis..nyorok dalam almari..

alang-alang seluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
alang-alang chenta terlarang,
biar sampai nikah kat thailand..
(jangan buat ni..)

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
jom sambung belajar,
kang xleh jawab quiz esok..nganga je nanti..

~doakan didiey n kawan cts y laen..~
esok: quiz analytic geometry
lusa: quiz number theory


air yang tenang jangan di sangka tiada buaya,
jiwa yang tenang jangan di sangka tiada..?
(n_n)v

~cinta terlarang...~

assalamualaikum..

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.


Pelajar:
Kami tidak berzina!

Ustaz:
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar:
Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz:
Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar:
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz:
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.:

Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar:
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz:
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar:
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz:
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
(berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar:
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz:
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar:
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz:
Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar:
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz:
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar:
Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz:
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar:
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz:
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. ***a tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar :
Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz:
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar:
Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz:
Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar:
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz:
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar:
Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz:
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar:
Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz:
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar:
Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz:
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar:
Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.

Ustaz:
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. C uma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar:
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz:
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar:
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz:
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3).

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar:
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Ustaz:
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar:
Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz:
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar:
Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz:
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ’second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Pelajar:
Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz:
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)

Pelajar:
Bagaimana kami?

Ustaz:
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar:
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz:
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.

Pelajar:
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar:
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz:
Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

mungkin anda berminat?

moga beroleh manfaat..

Tuesday, October 19, 2010

::XML::

assalamualaikum..



very fast speed

restrictions parameters

very good protein modelling

fast speed

good accuracy

good protein modelling

slow speed

very good accuracy

best protein modelling



























Type Molecular mechanicsSemi EmpiricalAb initio
speed very fast speedfast speedslow speed
accuracy restriction parametersgood accuracyvery good accuracy
modellingvery good protein modellinggood protein modellingbest protein modelling



info on xml

Saturday, October 16, 2010

pdb story..

assalamualaikum..

some story about ''bio" matter..(n_n)v
(when cts student talk about biology...)


let's have a look.



Riboswitches







Riboswitches are regulatory elements built directly into a messenger RNA. For instance, the riboswitch senses the level of purine bases, binding tightly to guanine, hypoxanthine and xanthine. This riboswitch is part of the messenger RNA that encodes enzymes that transport and metabolize purines. So, when purine bases are prevalent, they bind to the riboswitch and slow down the production of the proteins when they're not needed

Many riboswitches have been found in bacteria, as well as a few in plants and fungi. These sense the levels of many different types of molecules, including purines, amino acids, vitamins, and cofactors..
more


this is the application of raswin..




Thursday, October 14, 2010

hari-hari berdebar..

assalamualaikum..

fes..meh nak sambung cerita birokrasi..
hmm..da penat mengukur jalan dari cts ke admin beberapa kali
at last baru dapat jumpa org y sepatutny didiey jumpa..
igt kan da boley setel..rupany panjang lagi citeny..
(di jalan ini aku ditarbiyyah..sabar..sabar..)

banyak soalan ny..
da jumpa 1x, xpuas hati.. nak jugak jumpa lagi 1x
bikin jiwa kacau jea..
lemah lutut nak present segala benda info
y diri sendiri pun x hadam lagi..
(btw, thanx a lot to k.nad..)
nak je cakap..just gimme the chance..
the rest, saya tanggung sendiri..(n_n)v
tapi..tuulah..
Ya Allah, please guide me..

tu pun kira ok la..x suruh datang lagi 1x..pastu lagi 1x..
last words.. "tgk la cane, sy bincg dgn org2 atasan dulu.."
bermakna..tunggu..
(ni kira birokrasi jugakla kan..?)

elok je berdebar nak tunggu keputusan y ni pun x abes lg..
tibe2 dapat pulak msg..baek punya..
aisyyyh..

(patut tukar je header..dari jiwa y tenang jadik jiwa y kacau..)




hati (baca jiwa) yang tenang
~sentiasa mengingati Allah~








hati berbunga-bunga..(n_n)v




hati yang sakit..
~obat hati ada 5 perkaranya..~

abg kt, kalo nk bg hati bersih (baca putih)
minumlah clorox..
p/s: sila dapatkan nasihat doktor dlu..
medical student pn boleh..(n_n)



~mohon doa dari semua moga Allah permudahkan segala urusan.~

Tuesday, October 12, 2010

kos1110..[3]

assalamualaikum..


excel..

Microsoft Excel (full name Microsoft Office Excel) is a spreadsheet application written and distributed by Microsoft for Microsoft Windows and Mac OS X. It features calculation, graphing tools, pivot tables and a macro programming language called VBA (Visual Basic for Applications). It has been a very widely applied spreadsheet for these platforms, especially since version 5 in 1993. Excel forms part of Microsoft Office. The current versions are Microsoft Office Excel 2010 for Windows and 2008 for Mac.










Some of standard file-extensions
















FormatExtensionDescription
Spreadsheet.xlsMain spreadsheet format which holds data in worksheets, charts, and macros
Chart.xlcA chart created with data from a Microsoft Excel spreadsheet that only saves the chart. To save the chart and spreadsheet save as .XLS. >XLC is not supported in Excel 2007.


more

kos1110..[2]

assalamualaikum..

smiles..
something new to discover..

smiles..short form for
the simplified molecular input line entry specification..

definition
a specification for unambiguously describing the structure of chemical molecules using short ASCII strings













Canonical SMILES Isomeric SMILES
the version of the SMILES specification that includes rules for ensuring that each distinct chemical molecule has a single unique SMILES representationthe version of the SMILES specification that includes extensions to support the specification of isotopes, chirality, and configuration about double bonds

A common application of Canonical SMILES is for indexing and ensuring uniqueness of molecules in a database
A notable feature of these rules is that they allow rigorous partial specification of chirality.


kos1110

assalamualaikum..

something to share..
..chemsketch..


ACD/ChemSketch is a chemical drawing software package from
Advanced Chemistry Development,Inc. designed to be used
alone or integrated with other applications. ChemSketch is used to draw
chemical structures, reactions and schematic diagrams.
It can also be used to design chemistryrelatedreports and presentations.


Chemsketch can be used in Structure Mode (as shown below) or in Draw Mode where a different set of tools are available. Drawn molecules can also be viewed in 3D by clicking on the 3D icon icon (top right).


This is the standard ChemSketch interface with the additional I-Lab menu and the status bar at the bottom left.


Drawn molecules viewed in 3D

ACD/ChemSketch has the following major capabilities:
















Structure ModeDraw ModeMolecular Properties
for drawing chemical structures and calculating their properties.or text and graphics processingcalculations for automatic estimation of


* molecular weight;
* percentage composition;
* molar refractivity;
* molar volume;
* parachor;
* index of refraction;
* surface tension;
* density;
* dielectric constant; and
* polarizability.

for user guide
please click here

Monday, October 11, 2010

birokrasi

assalamualaikum..


apa yg di katakan birokrasi?

sistem pentabiran atau pengurusan yang melibatkan pelbagai peringkat dan mengandungi banyak peraturan

senang nak paham;

bila kau nak duit, kau mintak dengan mak kau, mak kau kene mintak dengan bapak kau, bapak kau kene mintak dgn ketua kampung kau, ketua kampung kau kene mintak dengan wakil rakyat kau, wakil rakyat kau kene mintak dengan menteri besar kau.

menteri besar kau kene kaji utk luluskan, wakil rakyat kau kene kaji utk luluskan, ketua kampung kau kene kaji utk luluskan, bapak kau kene kaji utk luluskan, mak kau kene kaji utk luluskan, barula ko dpt dua ringgit yg ko mintak tu.
(http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-273359.html)
[quote je dari sini..(n_n)v..]


karenah birokrasi..hmmm

sampai skang pun x setel2 lg urusan didiey..
panjang betol jalanny..(sepanjang perjalanan dari mahallah ke osc ke finance ke admin kos ke cts pastu ke admin kos balik..pastu x tahu lagi sambunganny cane..)

~mohon didoakan moga Allah permudahkan urusanku..~

Thursday, October 7, 2010

lebah..[updated]


assalamualaikum..

baru habis claz ungs (worldview). ad satu part yg menarik..
ust cite pasal "al wahy wa an-nubuwwah.. tibe2 klua cite pasal lebah..
apa yg menarik pasal lebah?




Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:` Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia
(QS. An-Nahl, 16:68)


Allah telah memberikan instinct kepada lebah sehingga mempunyai kemahiran untuk membuat
sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan dari rumah-rumah yang di dirikan manusia.
Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal.
Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometri lain.
Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu
dalam jumlah maksimum dengan menggunakan material yang paling sedikit..subhanallah
Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat.

Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membina sarang.
Mereka memulai membina sel-sel tempat penyimpanan madu
dari sudut-sudut yang berbeza, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah..
Setelah pekerjaan usai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun
tambal sulam pada sel-sel tersebut.
(hebat sungguh makhluq halus ni..)

Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah
yang susah untuk dipercayai.
Setelah menemui sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga
untuk pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya.
Ia memberitahu kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak
sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus..(n_n)v
(agak2 ada gaya zapin x..?)

Setelah isyarat gerak dalam tarian tersebut difahami,
akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut
dan mampu menemuinya tanpa kesulitan.
Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometri yang rumit;
akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah.
Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk
melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(QS. An-Nahl, 16: 69)

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu
sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka perlukan.
Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terinci
ini memproduksi madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat
memperoleh manfaat dari madu yang mengandung “ubat bagi manusia” tersebut.
madu termasuk sejenis makanan yang mudah dicerna dan banyak
mengandung berbagai macam vitamin bahkan seluruh macam vitamin berada dalam madu itu..
sangat berguna bagi ketahanan tubuh sehingga menyebabkan orang tahan
terhadap berbagai macam penyakit.
di samping itu pula menjadi ubat bagi seseorang yang sedang ditimpa oleh
sesuatu penyakit, terutama bagi orang yang diserang beberapa penyakit kekurangan vitamin.

Sebagai penjelasan tentang fungsi madu ini dapatlah dibaca sebuah hadis yang bermaksud:

Bahwa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw, seraya berkata: "Sesungguhnya saudaraku perutnya mulas", maka Rasulullah saw bersabda: "Minumilah ia madu", kemudian orang itu memberikan minuman madu kepada yang sakit itu, lalu datanglah orang itu kepada Rasulullah saw, seraya berkata: "Ya Rasulullah saya telah memberikannya minuman madu, tetapi hasilnya bertambah mulas' Rasulullah saw bersabda: "Pergilah dan minumi (lagi) lah ia madu", maka orang itu pergi dan memberi si sakit madu, kemudian orang itu datang lagi kepada Rasulullah saw seraya berkata: "Ya Rasulullah, hasilnya hanyalah bertambah mulas", kemudian Rasulullah bersabda: "Allah berkata benar, dan perut saudaramu berdusta, maka pergilah dan berilah saudaramu itu madu". Lalu orang itu pergi dan memberi si sakit itu madu, kemudian si sakit sembuh".
(H.R Bukhari Muslim dari Abu Sai'd Al Hudri)

Dari Hadis Nabi yang ertinya:

"ubat itu ada tiga macam, mengeluarkan darah dengan cantuk, minum madu dan membakar kulit dengan api, dan saya melarang umatku membakar kulit.
(H.R Bukhari Muslim dari Ibnu 'Abbas)

antara faedah dari lebah sebagai berikut:
1. Madunya dapat jadikan minuman yang lazat kerana banyak mengandung vitamin yang sangat berguna bagi kesihatan.

2. Malamnya dapat dibuat sebagai lilin untuk lampu untuk alat membatik dan keperluan-keperluan pekerjaan lain.

3. Dapat melaksanakan pendebungaan di antara bunga-bungaan, di antara bunga jantan dan bunga betina.

4. Madunya juga dapat dijadikan ubat-ubatan baik untuk menambah ketahanan tubuh atau untuk pengubatan.

nak baca satu cerita menarik..?

moga mendapat sedikit manfaat dari entry kali ni..
~seeru 'ala barkatillah~