Wednesday, December 9, 2009

tak tahu nak tulis apa?

salam..
da lama dd_asrar tak 'jengah' blog ni..
orang laen punye apatah lagi..
xd mase? x jugak kot.
mungkin lebih kepada malas + tak tahu nak tulis ap.
tetiba kekeringan idea..

alhamdulillah..
hari ni tergerak nak kongsi sumtin wat peringatan diri sendiri n
insan2 yang sudi menjengah blog ni.
nak 'cerita' pasal perang uhud..
spt yg kita mmg da sedia maklum..
(bagi yg penah amek tahu pasal cite2 camni la)
dalam perang ni, tentera Islam y berjumlah lebih kurang 700 orang menentang
tentera Quraisy kalo xclap dalam 3000 orang
pada awalnya da hampir berjaya mengucar-kacirkan susunan tentera Quraisy.
tapi dek kerana pasukan pemanah y berada di atas bukit uhud y mana
tempat paling strategik, x mendengar arahan Nabi Muhammad SAW untuk
terus berada di posisi tersebut walau apa pun yang terjadi, tentera Islam mengalami kekalahan teruk.
kenapa mereka x endahkan arahan Nabi? sebab da nampak harta tinggalan tentera Quraisy y banyak kat bawah bukit tu.
so, consequencenya
ramai para sahabat yang syahid time ni kerana nak melindungi Rasulullah SAW.
dan Rasulullah sendiri mengalami kecederaan teruk.
sehinggakan tersebar berita bahawa Rasulullah telah wafat.
tyme ni jugak sayyidina Hamzah di bunuh oleh wahsyi. mayatny dirobek oleh
hindun lalu jantungny digigit-gigit.
betapa pedihny saat tu bagi tentera Islam manakala tentera Quraisy pulang dengan hati berbunga ceria kerana berjaya membalas dendam atas kekalahan meraka masa perang badar.
wallahua'lam

antara ibrah/pengajaran y dd_asrar dapat dari peristiwa ni

hakikatny manusia memang mudah gelap mata bila diuji dengan harta, pangkat dan segala macam keindahan dunia.
sanggup abaikan amanah y da diberikan.
hari ni pun kita boleh tengok benda2 ni. even kt Mesia sendiri pun.
kalo x, xkan juru audit boley btau y RM 28 bilion lesap camtu je.
RM 28 bilion sheikh, bukan sket tu. bukan korup ke tu?
lu pk la sendiri..