Sunday, May 31, 2009

the best planner..

salam..

tetiba trase nk kongsi sumtin..
alkisahny.. dd_asrar n beberapa org lg plan nk kenakan sahabat seusrah..

..1st planning (15th malam)..
dd_asrar spread msg kt shbt2 seusrah + kak naqibah skali..
..salam.. free x 15 ptg ni? achk ingat nk wat sumtin kat ateh..
tut..tut..(dorang reply)
..along xm mlm 15 n 16..
..anje da balek umah..
..alang boley je. ad lg brg nk kena simpan. so, x balek lg la..
..ucu ok je...
..angah ase better kte wat lepas xm. boley lepas tension skali..

...okkey. kal0 camtu kite wat 17 mlm.. sbb achk xm 17 pagi.. ptg 2 achk boley p cari brg...(reply msg angah)

..2nd planning (lepas xm)..
dd_asrar spread msg baru kt shbt2..
..salam.. cancel yg tadi.. angah nk wat lepas xm..
tut..tut.. (dorang reply)
..alang da balek tyme 2..
..ucu xkesah..

17th may..
lepas xm kami klua p bli brg kat jaya 1..
petang n malam dekat2 tyme nk wat surprise 2 tetiba je mostly yg sblm ni nk join bagi jawapan -ve.. angah da syahid sbb penat sgt..(baru balek dari gombak sbb ad hal sket kt sana).. tetiba je rase xd mood.. hati da cakap malas da nk proceed..
dalam d0k melayan rase sedih tetiba angah anta msg..
.. xramai yg boley join?.. xpe la nati angah spread msg kat shbt2 yg laen..kite combine ngan bezday kak una 1x..
tyme ni angah da sedar.. elok je s0ma brg2 yg bli ptg 2 da anta syiap2 kt blek dye..
lepas 2 mmg ramai la yg join..lg ramai dr yg sebel0mny..
what a relief.. rase happy balik tyme 2..
thanx t0 all yg menjayakan surprise tu..

p/s: kita merancang.. ALLAH juga merancang.. sesungguhy perancangan ALLAH adalah sebaek2 perancangan..

Sunday, May 24, 2009

ta'aruf week..

salam..

slamat datang wat adk2..
alhamdulillah..walaupun x jd cometee ta'aruf week.. dd_asrar tetap diberi kesempatan u sama2 meraikan kedatangan adk2.. paling2 tak p0n dapat la jugak berkenal kenalan dgn adk2 sebel0m start sem.. dalam2 sibuk d0k meniaga, sempat jugak la beramah mesra dengan adk2..(n sempat jugak curik tulang u tulis something kat blog ni..15 min je..=)..)
harapan sem0ga adk2 selesa berada kat sini n sama2 meneruskan perjuangan bersama2 kami..
wassalam..

Friday, May 22, 2009

...kentang-nak buang ke nak simpan...

salam..

"ameen.. kamu x datang ea smalam..? kenapa?"
"ha'ah.. saya x datang.. malaslah cikgu.. "
"ayah kamu x marah?"
"marah.."
"kenapa x dengar cakap ayah? kan berdosa lawan cakap ayah. nanti jadi anak derhaka.."
"saya x suka ayah. saya benci kat ayah. ayah selalu marah2 kat saya.."

esoknya..

"assalamualaikum wbt semua.. hari ni cikgu bawak ubi kentang. setiap orang amek ikut bilangan orang yang kamu benci..ameen, meh amek dulu.. berapa orang yang kamu benci?"
"emm.. ayah.. abang.. adik..3 orang cikgu.."
"ok.. orang laen pulak.."
"2 cikgu"
"4 cikgu"
"5 cikgu"
"3 cikgu"

begitulah seterusny sampai abes satu kelas..

"okkey.. s0ma da amek?"
"da cikgu"
"bagus.. okkey.. anak2 s0ma.. ubi kentang tu cikgu nak kamu s0ma bawak setiap masa.. pegi maen ke, pegi study ke, pegi makan ke, tengok tv ke,.. tid0 p0n kna bawak jugak.. boleh?"
"baek cikgu"
"bagus.."

3 hari selepas itu..

"ee.. busukny"
"yiew.. xnk la bawak benda ni.. busuk sangat.."
"bau ap ni.. busuk sangat.. da tu berat plak tu.. nase baek 3 biji je.. kal0 banyak mesti lagi berat.."

banyak lagila komen dari orang2 laen lagi..
selepas seminggu..

"assalamualaikum anak2.. s0ma sehat?.."
"alhamdulillah.. sehat cikgu.."
"macam mana ubi kentang kamu? ada bawak hari ni? ameen.. ubi kentang kamu mana?"
"busuk cikgu.. saya da buang.. x sanggup nak simpan.."
"orang laen?"
"saya p0n da buang cikgu"
"saya p0n.. saya pp0n.."
"kami s0ma da buang da buang ubi tu.. busuk sangat.."
"ok la anak2 s0ma.. ubi kentang tu diibaratkan seperti perasaan benci kamu.. makin hari makin busuk.. makin teruk..itu baru seminggu.. kal0 2 minggu? sebulan?..faham s0ma?"
"owh.. maknany.. kal0 kita simpan..nanti makin hari makin busuk la cikgu?.. macam ubi kentang tu?
"ha'ah.. pandai p0n.. jadi mulai hari ni.. s0ma kena start buang perasaan benci kat yang x sepatutny.. benci kat mak ayah, benci kat adik beradik, benci kat cikgu2..setiap malam sebel0m tid0 jangan lupa untuk maafkan orang yang da lakukan kesalahan kat kita..dan selalu la muhasabah diri kita..boleh janji s0ma?"
"insyaAllah.. boleh ckgu.."
"alhamdulillah..."

Friday, May 15, 2009

promo u ank2 klate..



salam..
nak wat promo sket..
anda ank klate?berminat mengikuti perkembangan perdana?

untuk ank2 klate yg berminat nk baco blog perdana o nk mengetahui perkembangan terkini tentang perdana buleh la masuk blog ni..
www.ourperdana-iium.blogspot.com

Tuesday, May 5, 2009

Handzalah b Ar Rabie..

Handzalah : by Rabbani

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan..

sedikit perkongsian tentang sejarah salah seorang sahabat Rasulullah..

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktulagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…

Saturday, May 2, 2009

sedikit renungan buat kita

Assalamualaikum wbt..

Cuba renungkan kebenarannya...untuk rujukkan kita bersama.


Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret...

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan..